Latar belakang Nurul_Hana_Che_Mahazan

Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau adalah anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik-beradik Superitendan Polis Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun. Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah sehingga Tahun 3. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) sehingga tamat Tahun 6.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.